Persatuan Anak-anak Bugis Selangor



Pada 24 Mei 2009 jam 2 petang telah berlangsungnya Perasmian Persatuan Anak-anak Bugis Daerah Kuala Selangor, di Kompleks Pertanian Kuala Selangor. Perasmian ini dirasmikan oleh Y.D.H Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Tuan Hj. Aman Shah bin Mohd Shahar, S.M.S. Persatuan ini juga diPengerusikan oleh Y.M Tuan Haji Raja Yunus bin Raja Suran.

Persatuan ini telah ditubuhkan pada 1 Disember 2008 dan tujuan persatuan ini diwujudkan adalah untuk mengumpulkan saudara mara yang jauh dan dekat untuk mengeratkan siratulrahim serta sama-sama mengetahui asal-usul keturunan ini dan salahsilah keluarga Bugis. Disamping itu juga adalah supaya adat serta keturunan ini tidak dilupakan dan ketinggalan oleh generasi-generasi yang akan datang.

Sumber: http://cristal-sally.blogspot.com/ (thanks to sally)